WTC - Well Taken Care Books

Muhammad Luqman Makhtar

X-Plorasi Siri2/3/4 (035)

  • Price Reduced
  • $7.70
  • Regular price $13.00

*WTC Books are not brand new. Refer to the images of the book condition.

ID: 035

Siri 2 - Kadangkala kita merasakan sudah cukup mengenali Rasulullah. Masakan tidak, dari tadika hingga dewasa masih belajar sirah Nabi. Jika begitu yang dirasa, buku ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

 

Buku ini wajar dimiliki oleh:

• Mereka yang ingin mengulang kaji riwayat hidup Nabi;

• Sesiapa yang merasakan ada aspek hidup Rasulullah yang belum diketahui;

• Individu yang ingin menyuburkan cinta pada Baginda SAW.

 

Benar, pembaca begitu arif tentang Rasulullah kerana pembaca seorang pencinta Baginda. Walau bagaimanapun, apa salahnya pembaca menduga lima set cabaran betul atau salah di bahagian pertama buku ini terlebih dahulu. Jika pembaca dapat menjawab tepat kesemuanya dengan mudah, jelas sekali buku ini bukan untuk pembaca.

 

=====

Siri 3 - Setelah dua siri x-plorasi telah diterbitkan sebelum ini, kini siri ketiga, X-Plorasi Surah al-Baqarah pula diterbitkan daripada penulis yang sama, Muhammad Luqman Maktar. Kali ini penulis memilih surah al-Baqarah sebagai subjek untuk mendekatkan masyarakat dengan ilmu dan al-Quran. Surah al-Baqarah merupakan surah kedua dalam al-Quran dan mempunyai 286 ayat. Surah ini merangkumi semua syariat Islam meliputi soal keimanan, hukum-hukum dalam Islam, kisah-kisah nabi dan sebagainya. Pendekatan penerokaan ayat demi ayat yang diterapkan oleh penulis melalui cabaran-cabaran yang dikemukakan akan membantu pembaca lebih memahami surah al-Baqarah ini. Selamat meneroka!

 

=====

Siri 4 - Dalam Surah Ali ‘Imran terdapat:

 

- Senarai mukjizat Nabi Isa

- Doa Maryam dan Nabi Zakaria untuk mendapat zuriat soleh

- Ayat nama Allah Teragung

- Kisah Perang Uhud

- Kisah perdebatan Nabi dengan rombongan Nasrani dan Najran

 

Ilmu-ilmu menarik ini dan banyak lagi informasi yang akan pembaca temui dalam buku ini. Sehebat statusnya sebagai salah satu daripada al-Zahrawain yakni penyinar, begitulah ilmu yang terkandung dalam surah Ali ‘Imran. Sangat bermanfaat untuk dimiliki!