WTC - Well Taken Care Books

Abdul Latip Talib

Bilal Bin Rabah - Pengumandang Seruan Langit (003)


*WTC Books are not brand new. Refer to the images of the book condition.

ID: 003

Kisah Bilal bin Rabah yang menjadi juru azan dan namanya digunakan hingga sekarang. Kisahnya diceritakan sejak zaman kanak-kanak sehingga menjadi terkenal di zaman Rasulullah. Penyeksaan Umaiyah terhadapnya tidak mematahkan semangat juang untuk menegak syiar Islam.

Malah, menguatkan lagi iman sehingga berjaya dibebaskan sebagai hamba sahaya. Kekuatan fizikalnya berjaya mematahkan semangat lawan dan akhirnya berjaya membunuh Umaiyah yang pernah menjadi tuannya.

Kasih Bilal kepada Rasulullah tidak dapat diungkapkan melalui kata-kata. Kewafatan Rasulullah sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan beliau sehinggakan beliau tidak mampu melaungkan azan. Laungan azannya pernah menyebabkan tentera Islam berjaya menawan Kota Baitulmaqdis.

Ada satu amalan yang membuat Rasulullah terkejut sehingga mendengar bunyi terompah Bilal di syurga. Apakah amalan itu? Jom! Beli la buku yang hebat dengan kisah orang yang hebat iaitu Bilal.