WTC - Well Taken Care Books

Hilal Asyraf

HERO (012)

  • SALE
  • SGD 11.00
  • Regular price SGD 15.00

*WTC Books are not brand new. Refer to the images of the book condition.

ID: 012

HERO, adiwira misteri, penjaga Kotaraya Angsana, juga merupakan identiti kedua bagi Amir Faheem bin Amir Muiz, atau lebih mesra digelar Afam. HERO, adiwira misteri, penjaga Kotaraya Angsana, juga merupakan identiti kedua bagi Amir Faheem bin Amir Muiz, atau lebih mesra digelar Afam.

Afam didedahkan dengan projek HERO semenjak kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan ngeri, yang hakikatnya merupakan rantaian konspirasi daripada Syaitan Bertopeng, organisasi misteri di dalam dunia gelap Malaysia.

Walau punya konflik dan tidak mengikuti jejak langkah bapanya sebagai insan patuh syariat, Afam cuba membela kematian mereka berdua. Namun selepas dua tahun, usahanya masih tidak mendatangkan hasil. Kehadirannya membuatkan Syaitan Bertopeng leboh berhati-hati!

Kini konflik Afam bertambah. Untuk menyelamatkan haknya mewarisi harta tinggalan Dato' Amir Muiz, Afam perlu menikahi seorang wanita solehah bernama Afeefah Husna, amat kontradik dengan sikap dan cara hidupnya.

Pada masa yang sama, watak misteri muncul di Kotaraya Angsana, memberikan ancaman besar terhadap aktivitinya sebagai Hero. Sementara Syaitan Bertopeng terus bermaharajalela mengawal Kerajaan Malaysia yang korup dan semakin hampir menyempurnakan misi mereka!

Mampukah Afam menghadapi semua ini?

Karya pemula kepada Siri Alam HERO yang penuh aksi & pengajaran!