WTC - Well Taken Care Books

Haron Din

Menjawab Persoalan Makhluk Halus – Kaitannya dengan Penyakit dan Pengubatan

  • SALE
  • Regular price SGD 9.00

*WTC Books are not brand new. Refer to the images of the book condition.

Saya sering menerima soalan sama ada melalui surat atau yang bertanya terus di majlis-majlis kuliah. Di antara soalan yang berulang kali diajukan kepada saya ialah berkaitan dengan makhluk halus seperti jin, qarin, sihir, rasukan, bunian, saka, orang mati hidup semula, penggunaan tangkal, penyakit disebabkan oleh jin dan sebagainya.

Mereka meminta pendapat saya walaupun ramai alim ulama' lain di Malaysia yang boleh memberikan jawapan yang sama dengan saya.

Memandangkan persoalan ini berhubung kait dengan soal aqidah, maka menjadi suatu kefardhuan kepada saya untuk menjelaskannya.

Persoalan masyarakat ini perlu dirungkaikan supaya mereka tidak terus terjebak dengan amalan syirik.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada semua pembaca buku ini.