Dr. Zaharuddin Abd. Rahman

Fiqh Kewangan Islam

  • ((Promo))
  • SGD 45.00
  • Regular price SGD 70.00

Click here to be notified by email when Fiqh Kewangan Islam becomes available.


Book Condition: 10/10
(shown in the image)

Format: Hardcover
Saiz: 7" x 10"
ISBN-13: 978-967-366-196-1
Tarikh Terbit: 31 Mar 2014
Jumlah Muka Surat: 752
Berat: 1.4 KG

SINOPSIS

Akad jual beli adalah akad yang penting dan sering digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Maka, usaha mengupas hikmah-hikmah di sebalik akad jual beli adalah satu usaha yang penting dan perlu diberi perhatian. Kajian ini tidak hanya terbatas kepada maqasid atau tujuan-tujuan pensyariatan sahaja. Ia turut mencakupi perbahasan mengenai beberapa permasalahan semasa mengenai hukum jual beli yang secara tidak langsung menambahkan lagi pengetahuan kita tentang muamalat semasa.

Buku ini mampu menghapuskan kekeliruan yang timbul dalam hukum jual beli secara khusus, dan yang berkaitan harta secara umumnya. Dikaji secara ‘fiqhiyyah’ berserta dengan maqasidnya yang jelas, dapat memberi gambaran yang lebih praktikal dan mudah difahami.

Buku ini terhasil bagi menerangkan prinsip-prinsip dan keindahan agama Islam dalam bidang muamalat supaya kita mampu memahami maqasid syariah di sebalik hukum-hakam, permasalahannya, prinsip-prinsipnya, serta cara mengeluarkan hukum daripadanya.

Penulisnya, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman telah menjalankan kajian berkenaan permasalahan hukum jual beli kerana beberapa jenis sistem jual beli masa kini menjadi topik yang hangat dibincangkan dan memerlukan jawapan yang meyakinkan, iaitu menerangkan hukumnya dan maqasid di sebaliknya.